Pages

Sunday, June 21, 2015

Ramadhan Kareem

Posted by Arina Nadirah at 12:17 AM 0 comments
Assalamualaikum, 


Harini aku rasa ada sedikit ruang masa nak mengupdated blog. Hihi. Ada dalam dua bulan gaklah aku tak update blog. Sibuk menghabiskan sia-sia hidup sebagai budak markas selama beberapa minggu sebelum menjejak ke bulan ramadhan yang penuh barakah. Aku gagahkan jugak diri nak habiskan. Kalau nk ikutkan selama beberapa minggu tuh kelas start seawal 7.00 pagi smpai 2.00 petang. Memang kena kuat fizikal dan mental. Time dalam kelas tuh mmg tak fokus langsung kalau dh time tengah hari. Bila balik rumah mmg rasa dh longlai tak terkata. HAHA. Tuh semua pengalaman. Bila suatu benda tuh kita susah nak dapat, kita pasti berusaha walaupun payah. Alhamdulillah, settle jugak markas aku. Acah-acah dah graduate Foundation of Arabic Language.



Firman ALLAH Taala:



"يا يها الذين ءمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون"



"Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya bertaqwa"



Masuk 3 Ramadhan dah pun. 
Aku puasa dkat bumi Mesir nih. Kiranya tahun pertama puasa diperantauan dan berjauhan dengan orang tersayang. Ceh, padahal sebelum nii pun macamtu jugak. Tapi kali ni merentas lautan benua. Malah pengalaman merasa puasa 15 jam. Aku bukan berseorangan pun dkt Mesir nii. Ada je ahli bait, akak, kengkawan. Life happy je kat sini. Bulan ramadhan kali ni aku rasa luar biasa sikit sebabnya bnyak program pengisian dari IHTIRAM '15. Keterujaan aku melihat pengaturan dalam program yang dianjurkan mmg mendatangkan banyak manfaat. Sahur Iftar jamaie, Daurah Ilmiah, Sadaqah Day's, Tadarus Al-Quran, Akademi Huffaz, Tadabbur Surah Al-Anfal , Qiamulail macam2 lagi aktiviti menarik. Ramadhan ibarat mdarasah. Kemenjadian terhasil selepas ramadhan. Moga Allah redha dan memberkati segala amalan yang dilakukan.



"TARBIAH RAMADHAN DIHAYATI, MAGHFIRULLAH ILLAHI DIIMPI"
 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review