Semasa kecil , Tamil Maran dididik dalam agama Hindu . Apabila meningkat remaja , dia mencari sesuatu yang boleh memberikan ketenangan . Dia berasa bertuah kerana dibesarkan dalam kelompok masyarakat Melayu di kampungnya di Setiawan ,Perak . Apabila mendekati kawan-kawan yang beragama Islam , dia mendapati Islam ialag agama yang meliputi semua aspek kehidupan .Islam juga menekankan konsep kasih sayang . Inilah yang akhirnya mendorongnya masuk Islam dalam usia 20 tahun dan menukar namanya kepada Mohd Firdaus Tamil Maran Abdullah .
Biarpun anak tunggal dalam keluarga , keputusan untuk bertukar agama tidak mendapat tentangan yang hebat dari keluarganya. Mungkin kerana caranya yang berhikmah dalam mendekati keluarga selepas dia memeluk Islam menyebabkan ibu bapanya dapat menerima pertukaran agamanya . Lebih-lebih lagi apabila melihat perubahan tingkah lakunya yang agak nakal kepada seorang anak yang lebih baik .
Bagaimanapun , laluan bagi Mohd Firdaus tidaklah begitu mudah . Dia terpaksa merahsiakan pertukaran agamanya daripada pengetahuan keluarganya selama lebih kurang lima tahun . Ketika memaklumkan kepada ibu dan ayah tentang pertukaran agama ini , mereka dapat menerimanya tanpa banyak halangan .
Yang menetang penghijrahan Mohd Firdaus ialah kawan-kawannya . Mereka tidak dapat menerima hakikat itu , sehingga ada yang mengupah gangster untuk mengugut Firdaus . Tetapi alhamdullilah , dengan hidayah yang Allah berikan , dia dapat menghadapi cubaan itu .
Banyak orang yang beranggapan bahawa seseorang itu memelik Islam semata-mata untuk berkahwin dengan orang Melayu . Namun , Firdaus menggubah persepsi ini apabila memilih saudara baru berbangsa Cina sebagai teman hidup . Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran empat cahaya mata; 2 lelaki 2 perempuan .
Biarpun Firdaus dan ibunya , Dewanel berbeza agama , dia tetap melayan ibunya dengan baik . Malah dia mengajak ibunya tinggal bersamanya .
Hasrat dihat ingin melihat ibu yang mengandungkan , melahirkan dan mendidiknya , bersama-sama memeluk agama yang suci . Namun , akur dengan qadak dan qadar , dia hanya mampu berdoa semoga ibunya itu dikurniakan hidayah .
Hidayah itu milik ALLAH .
1 comments:
pergh... my fren nih.. femes2,, hehe
dik, sory, k.dhira dtang semakkan bhgian komen.. hehe
Post a Comment