Pages

Friday, January 10, 2014

Selamat Tahun Baru

Posted by Arina Nadirah at 1:29 PM 0 comments
**10 JANUARI 2014






Assalamualaikum, sudah berminggu minggu aku tak bukak blog nii kann ?? Oh, rindu betullah nak main type type. HAHA. Wehh, pejam celik pejam celik aku dah 19 tahun for this year. Tak sangka. Tak lama lagi nak masuk 20 pulak. Sungguh pantas masa berlalu. Makin hari, makin tua. TIDAK !! Okay Arina kau kena terima hakikat yang kau tuhh bakal tua dan bakal menjadi jenazah. Bakal jenazah tuhh tak tahu bilalah kan ?? Hanya ALLAH saja yang tahu. Yang penting setiap hari kita perlu perbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Mati tak mengenal usia, tua ke muda ke ? Ada jee yang mati awal. Ajal maut ditangan Tuhan. So, perbanyakkan AMAL IBADAT anda yee. :)


Tahun Baru, Azam Baru.

Bila masuk tahun baru jee mesti orang tanya apa azam tahun baru nii ? Kalau tak pun, adakah azam tahun lepas dah tercapai ? Banyak betul soalan yang dilontarkan. HAHA. Semua orang mesti ada azam masing masing kann. Kalau tade azam hidup nii bagai lalang. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Bagai tade pendirian hidup. Susahlah kalau macam tu. Sepatutnya kita dah tahu apa yang kita nak pada tahun nii. Macam aku, sekarang nii menganggur jee. Tak tahu nak buat apa. Sekolah dah habis. Cuma tunggu natijah. Harap semua subjek okay belaka. Aku bukan nak jadi penganggur tegarlah. Tapi dalam proses amik lesen. Kalau ada lesen baru senang cerita. Kau nak kerja mana pun tak kesah. Aku cuti lama kot 9 bulan. Macam orang nak pregnant. HAHA. Yelaa, kalau nak sambung degree bulan 9 baru masuk universiti. In sha ALLAH. Haish, kalau ikutkan tahun nii macam macam azam aku. Tapi tulahh. Kena habiskan satu persatu apa yang aku buat. Kalau tak, nanti sia sia jee buat separuh jalan.   


Sebenarnya aku dah listkan apa azam aku tahun nii. Huh, banyak gilaa. Adalah dalam 10 azam. Berangan angan. Nak share ke tak dengan korang apa azam aku nii. Macam malu jee, macam segan jee. HAHA. Nak penampo agaknya aku nii. Hihi. Releks dulu. Iyee nak cerita la nii.

Firstly, aku nak berubah dari segi pemakaian aku yang entah apa apa. Yelaa, muda2 memang macam hape jee enn. Bila dah besar baru lah aku nii sedar. Kalau nak berubah nii mula mula memang kena paksa. Kalau tak paksa memang tak jadi kott. Okay, dulu aku keluar jarang pakai stokin nii. Kekadang sempoi jee pakai seliper. HAHA. Padahal dah tahu pasal aurat semua. Tapi tulah susah nak amalkan. Ada ilmu tapi tak amalkan tak guna jugak. Yee, aku tahu tuu silap aku. Tapi takpe. Aku try slow slow untuk berubah sedikit demi sedikit. Kalau berubah tak boleh drastik kot. Nanti sekejap jee benda tuu. Perlu beristiqamah dalam melakukan hal sedemikan.



"Tugas anda adalah mengajak orang lain kepada kebaikan dan berusaha anda memperbaiki diri. Bukan dengan alasan belum dapat memperbaiki diri anda berhenti mengajak orang lain berbuat baik."




Aku nii pelajar sekolah agama. So, aku kena jadikan diri nii sebagai contoh yang boleh orang ikut. Tulahh benda baik jee, buruk tuu buat tak nampak jee k. HAHA. Aku pun manusia. Nak kata baik sangat pun tak boleh. Sebab dekat dunia nii tade sorang pun perfect. Kita sama sama muhasabah diri kita balik. Adakah selama kita hidup dekat dunia nii kita pernah buat baik , sedekah, amal jariah ? Fikir fikirkan lahh yee.


Okay stop sampai sini dulu yee :)) Semoga azam korang tahun nii semua tercapai yee. In sha ALLAH. ♥ ♥ ♥





LOL;
ENAKENIT

 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review