Pages

Sunday, June 21, 2015

Ramadhan Kareem

Posted by Arina Nadirah at 12:17 AM 0 comments
Assalamualaikum, 


Harini aku rasa ada sedikit ruang masa nak mengupdated blog. Hihi. Ada dalam dua bulan gaklah aku tak update blog. Sibuk menghabiskan sia-sia hidup sebagai budak markas selama beberapa minggu sebelum menjejak ke bulan ramadhan yang penuh barakah. Aku gagahkan jugak diri nak habiskan. Kalau nk ikutkan selama beberapa minggu tuh kelas start seawal 7.00 pagi smpai 2.00 petang. Memang kena kuat fizikal dan mental. Time dalam kelas tuh mmg tak fokus langsung kalau dh time tengah hari. Bila balik rumah mmg rasa dh longlai tak terkata. HAHA. Tuh semua pengalaman. Bila suatu benda tuh kita susah nak dapat, kita pasti berusaha walaupun payah. Alhamdulillah, settle jugak markas aku. Acah-acah dah graduate Foundation of Arabic Language.



Firman ALLAH Taala:



"يا يها الذين ءمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون"



"Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya bertaqwa"



Masuk 3 Ramadhan dah pun. 
Aku puasa dkat bumi Mesir nih. Kiranya tahun pertama puasa diperantauan dan berjauhan dengan orang tersayang. Ceh, padahal sebelum nii pun macamtu jugak. Tapi kali ni merentas lautan benua. Malah pengalaman merasa puasa 15 jam. Aku bukan berseorangan pun dkt Mesir nii. Ada je ahli bait, akak, kengkawan. Life happy je kat sini. Bulan ramadhan kali ni aku rasa luar biasa sikit sebabnya bnyak program pengisian dari IHTIRAM '15. Keterujaan aku melihat pengaturan dalam program yang dianjurkan mmg mendatangkan banyak manfaat. Sahur Iftar jamaie, Daurah Ilmiah, Sadaqah Day's, Tadarus Al-Quran, Akademi Huffaz, Tadabbur Surah Al-Anfal , Qiamulail macam2 lagi aktiviti menarik. Ramadhan ibarat mdarasah. Kemenjadian terhasil selepas ramadhan. Moga Allah redha dan memberkati segala amalan yang dilakukan.



"TARBIAH RAMADHAN DIHAYATI, MAGHFIRULLAH ILLAHI DIIMPI"

Saturday, April 18, 2015

Langkah Impian di Ardul Kinanah

Posted by Arina Nadirah at 6:18 AM 0 comments






Assalamualaikum, 



Sungguh aku rindu untuk terbang di awangan menggerakkan jari jemari yang kekakuan dari papan kekunci untuk memuntahkan pengalaman aku selama berada di Mesir. Saat ini aku nak rasa lapang selapangnya setelah beberapa bulan mengembara mengutip mutiara ilmu di segenap sudut. Kalau aku nak cerita kisah hidup sepanjang aku dekat Mesir memang takkan cukup satu entri nih. Haha. Aku rasa tak rugi langsung dulu aku minta izin dkt mama abah nak belajar kat Mesir. Sebabnya kalau orang cerita tak rasa puas. Apa yang penting kita kena rasai sendiri pengalaman tuh. Pahit manis masin masam semua ada. Perasaan gembira pun ada jugak. Actually, banyak sgt cerita nak share dengan korang. Hidup di negara orang sangat berbeza dengan negara sendiri. Tapi pengalaman mengajar kita erti kematangan dan erti hidup sebenar. 






Keadaan dalam kereta sunyi sepi. Tetiba muncul satu suara melempar keluar. Abah bersuara: Enaa, pergi sana kau bukan nak melancong ke hape.. Tapi pergi sana kau kena betulkan niat nak belajar. Melancong tuh boleh just sampingan. Tapi matlamat utama kau mencari ilmu akhirat. Abah cakap lagi, Kau beruntung ena sebab dapat belajar ilmu agama semua. Tapi abah tak dapat apa yang macam kau dapat ni. Lagi-lagi belajar Bahasa Arab. Kalaulah abah dpt belajar Bahasa Arab, tentu sekarang dah hebat baca kitab dan faham ayat Al-Quran. Nanti balik Malaysia bolehlah kau ajar abah, mama semua orang. Ilmu yang kau dapat tuh bukan untuk kau je tapi ia bermanfaat kepada orang lain.
**Deep. Butiran airmata berguguran. Amik kain lap kat muka.





Kemuncak perpisahan. 
Jasad lemah tika itu. Tapi apakan daya. Keputusan yang aku buat adalah muktamad. Relakan saja perpisahan itu demi mencari perjuangan hidup. Deraian airmata sekali lagi berguguran, itu sememangnya tak dapat dinafikan. Sungguh sayang aku nak tinggal kedua ibu bapa tercinta adik beradik sanak saudara sahabat akrab. Ibarat aku bermusafir sementara je. Aku akan kembali lagi. Nantikan kepulangan aku dengan penuh pengharapan. 13 jam berada dalam kapal terbang untuk sampai di padang pasir. Kehadiran aku serta sahabat seperjuangan disambut mesra oleh AJKT BKSM semasa di Cairo, Airport. Bila fikir balik ada ke tempat tinggal kt mesir tuh? Don't worry. Semua dah settle. Alhamdullilah segalanya diuruskan dengan teratur. Syukran kathiran sebab dah bagi terbaik dan komiten padahal penat nak handlekan kami yang ramai ni. Moga ALLAH pandang apa yang AJKT korbankan. Mata kekaburan melihat tetingkap blog ini. Masa untuk berundur diri.










"Aku pergi dengan kekosongan seperti penggembara mencari haluan berpandukan dengan kompas disisi. Akan ada setiap perhentian itu sebutir permata yang berharga nilainya. Jadi bawalah ia pulang untuk disebarkan kepada insan yang dah dahaga menanti hasilnya."



LOL:
Enakenit
Cairo, Egypt - 1200
 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review