Pages

Tuesday, December 10, 2013

Jamuan Kelas Part II ♥♥

Posted by Arina Nadirah at 1:07 PM 0 comments
**10 DISEMBER 2013


2.00-6.00 petang.
Masjid Besi, Putrajaya.




#Tekun mendengar eah.



#Wafi selaku Pengerusi Majlis.

Lepas solat Zohor tuh kitaorang terus start balik program. Hm, memang tak sabar gila wehh time nii sebab dah lapar sangat. Kiranya makan pagi+tengah hari. Double ohh. Tapi before sampai tuhh aku dah breakfast awal2 sebab memang tahu tade makan kann. Kitaorang makan Nasi Arab yang dekat Sabak, Cyberjaya. Tapi bukan makan dekat kedainya. Take away sajee. Sedap gile kott. Lagi2 makan kambing. Tapi ada setengah budak2 nii makan dengan ayam. Ape lah rasanya nasi arab makan dengan ayam. Macam kureng jee rasanya. Nasi Arab babe !! Opss, nampak macam gelojoh jee kann. Tapi kitaorang still ingat lagi lah nak recite doa makan. Don't worry ada pak ustaz afif yang lead. Hehee. Jemput makan. Wakaka. Macam macam juga lah makan nya selain Nasi Arab. Ada coctail, air oren, air laici. Mee goreng, Kek batik. Banyak lahh sampai kena tapau bawak balik rumah. Hihi.



Alhamdulillah, kenyang !! Lepas makan kita bersesi fotografi pulak. Sebagai tanda kenangan kita semua. Wekk, nak muntah pulak aku dengar. Jom, bergambar peoplee :) Great momment with great people. Hee.



#Nii semua memang kaki bergambar.


#Kami heroin 


#Heroes


#Semua pose comel. Rasa nak bagi penampo jee. HAHA.


Last in this program; Penyampaian hadiah + Pertukaran hadiah.



#Miss AdLINA


#Ajk Hadiah; Mia dan Nana.


#Group aku kott. Dapat tempat kelimaa. HAHA.


#Tempat keempat.


#Tempat ketiga dipeloporioleh group lelaki.


#Tempat kedua


#Tempat pertama. Nii memang betul2 nak menang.


**Tahniah kepada para pemenang. Tak kesah lahh kann. Adat permainan. Kalah menang. Lagipun kita saja saja nak main kan. Just for fun. Right ? Hadiah semua sama jee. Yang penting korang semua happy. 


**Thanks Syikin Rosli. Rajin betul dia buat kad yang tak seberapa nii tapi ianya penuh dengan makna. Satu kelas dapat pulak. Like it !!



##Before balik ada lagi yang dah tanya, "Bila nak buat macam nii lagi ?" Ohh, terasa perpisahan tuh. Sedih, sayu nak berpisah dengan mereka semua. Semoga korang terus success dalam apa jua yang korang lakukan. Friend till Jannah ♥♥


"GREAT MOMMENT WITH GREAT PEOPLE"


LOL;
ENAKENIT.




Friday, December 6, 2013

Jamuan Kelas Part I ♥♥

Posted by Arina Nadirah at 7:01 PM 0 comments
**06 DISEMBER 2013







Assalamualaikum, guys. Rajin pulak aku mengupdated blog. Of course lah sebab ada cerita. Kalau tak memang berhabuk jee blog aku nii. Anyway, aku baru jee habis event jamuan kelas pada rabu lepas 04 Disember 2013. Awesome sangat jamuan kelas tuh. Tapi ada messy sikit lah program. Tuh semua salah aku jugaklah sebab tuh job aku bab2 handle program. Aku as AJK Program kena datang lebih awal dari depa semua. Tapi terbalik pulak. Depa yang kena tunggu aku. Kesian betul dekat depa melanguk jee dekat situ. Aku boleh pulak datang lambat. Aku memang kena perli habis lah dengan Penolong program, Miss Ad. Aku pun wat peace watlek jee. Dia pulak marah depan orang ramai. Tapi sabar jee. Aku tak terasa langsung. Hati batu lah kononnya. Kah3. Actually, program kitaorang ada aktiviti outdoor dengan indoor. Interesting tak ? Selalunya orang kalau jamuan makan jee kan tapi kitaorang buat kelainan sikit. Biar bermanfaat. Biar menjadi kenangan yang terindah. 


Outdoor Activity.
10.00am-12.00pm.
Monumen Alaf Baru, Putrajaya.

Okay ! Pagi tuh aktiviti start lambat sebab tade orang nak conduct. Sepatutnya, aku yang kena conduct diaorang nak buat apa kann. But that my fault. I'm admitted. Aku suruh diaorang semua berkumpul dekat padang yang luas untuk start aktiviti. Tapi bila start main tuh bukan job aku lahh. Beralih kepada AJK Permainan, Afif, Luqaman, Ikhmal. Cuma diaorang jee tahu nak main apa. Kitaorang semua dah ready nak main even hujan renyai tapi still nak main jugak. HAHA. Punya excited. Lagi2 Mia ngn Pijot. "Main sampai menang katanya".


First game; Stone call.
Afif bagi instruction ngn demo macam mana nak main game. Best enn ?? Alaa, senang jee gamenya tuh. Kita pijak satu batu, then pindahkan supaya kita boleh jalan atas batu sampai ke hujung. Kaki mesti atas batu kalau tak dikira kalah. HAHA.




#Luqman, Afif, Faris.


#Semua group dah ready.



#Faris menunjukkan demo !


Second game; Blind Octopus. 
Just tutup mata then sorang kena bagi arahan supaya tayar tuh dapat dimasukkan kedalam bakul tuh.




#Sikit jee lagi tuhh. Haa, kanan sikit. Hihi.


#Manalah bakul nii. Susah betul lah ! Hehee.


#Berpusing pusing kau nak cari bakul


#Jalan jangan tak jalan. Kanan kiri.


#Nadhirah memberi arahan kepada kumpulannya.

Third game; Gula dalam tepung.
Tutup mata. Tiup tepung tuh sampai dapat gula-gula tapi mest warna ungu. Kalau warna kuning tolak markah.



#Prepare untuk main gula-gula


#Bersedia semua !


#Cepat cepat nak menang nii.




#Tenyeh muka tuh jangan tak tenyeh. HAHA.


#Tepung masuk mata ke Faris ? 


#Muka lepas kena tepung.


#Buruk betul muka aku nii.


Forth game; Straw dengan gelung getah


#Semangat semangat semangat.


#Sampai teleng kepala nak passing getah tuu.



#Afif meneliti apa yang Faris dengan Luqman buat ?


 #Leha ngn Nadhirah sikit lagi. Jangan risau. Menang^^ 


Sambung next entry. Heee ^_^

Tuesday, December 3, 2013

Walimatul Urus Kazen

Posted by Arina Nadirah at 3:20 PM 0 comments
*30 NOVEMBER 2013









Assalamualaikum, Sejak kebelakangan nii. Aku sibuk sikit lahh. Hmm, dengan exam Muet, pastu pergi dengan ceramah lesen bagai. Pastu malam Rabu tuh terus gerak pergi Peneng pulak. Wedding kazen aku. Arituh masa dekat Raub, Pahang tak pegi sebab ada test Muet. Kalau tak dah lama aku join sekali. Bukannya apaa. Asyik duduk rumah bosan jugak aku. HAHA. Aku nii kaki jalan jee. Tak tahu lah macam mana aku bila dah dapat lesen nanti. Jalan jelah kot. Huahua. Okee Okee, arina ! Kalau kau nak cerita pasal lesen lain entry k.


#On the way to Peneng !

Gerak dari rumah pukul 9.00 mlm macam tuh. Lepas isyak lah katakan. Perjalanan ke Peneng dalam 5 JAM. Aku sampai rumah Mak Bi. Pukul 2.00 pagi. Mungkin lah ? Tak tengok jam lah pulak. Pagi tuu Mak Bi suruh kitaorang makan nasi. HAHA. Mak Bi nii macam tahu2 jee perut aku berkeroncong. Kah3. Aku apa lagi makan lah wehh. Sedap pulak lauk tomyam. *feveret* Dah macam sahur pulak aku rasa. HAHA. Padahal tak puasa pun kan. Aku tak tidur pulak malam tuh. Berborak dengan kak iema sampai pukul 4.00 pagi. Mula lahh liat nak bangun Subuh. Haha. Nak taknak bangun jugak wehh. Dosa dosa ! Lepas solat tuh tidur balik. Sumpah, tak senonoh betul kan. Tapi tadelah bangun pukul 12.00 tgh hari. Nak mati ke hape. 

#Khamis, 

Petang tuh Kak Zaty bawak jalan dekat Bertam. Kononnya nak teman pergi SPA jee. Tapi dah tutup sebab lambat sangat. Tunggu orang buat pelamin lah. Lama pulak. Apa lagi spa tak jadi. Kita pergi jalan lah. Secret Recipe babe ! Kak Zaty belanja. Hoho. Tetiba mengidam nak makan kek pastu ada orang belanja.Teruja kot. Tapi orang yang belanja tuh tak makan kek pulak. Diet. Katanya; kalori kek tuh susah nak pecah lemak. Apa apa jelah. Aku tak kesah yang penting aku dapat makan. Time tuu dah maghrib kott. Hm, sempat singgah Jeruk Pak Ali. Alaa, yang femes gila tuh dekat Peneng. Solat Maghrib dekat Tesco. Pastu pegi cari bantal. Mahal pulak bantal dekat Tesco tuu. So, cancel nak beli. Beli benda lain. Aku sempat cuci2 mata apa barang yang aku nak. Not bad lahh. Chantek jugak barang2nya. Rambang mata nak beli. Adalah sikit buah tangan aku dekat Tesco tuhh. Beli Purse dengan kasut. Before balik sempat singgah kedai baju. Konon nak beli kain kak iema. Tapi aku pun dapat baju free. Kak Zaty belanja lagi. Naik segan aku dia asyik dok belanja jee. Takpe2, murah rezeki dia. In sha ALLAH~ 


#Jumaat.

Petang, lepas solat Jumaat Kak Zaty selamat di akad nikah di Masjid Kampung Selamat. Aku pulak yang rasa nak nangis bila dengar tok kadi tuh baca khutubah nikah. Pergh, aku tahan jelah. Takkan nak nangis dekat situ. Tapi memang sebak kot. Kak Zaty nangis pulak. Biasalah tuhh. Mungkin sebab dah sah bergelar isteri. Nak pikul tanggungjawab yang besar. Bukan senang.


#Sabtu. 

Pukul 12.00 tengah hari majlis persepsi bermula lah sampai petang. Macam kenduri biasa. Buat dekat rumah jee. Orang kampung kan. Lauknya boleh tahan sedap lahh. Ada laksa. Hape entah lagi. Aku nii mana makan sangat nasi pun. Tade bersanding pun. Kan HARAM. Just kenduri walimah. Pastu sesi fotografi lerr. Kawen tak sah kalau tade gambarkan. Kenangan bagi para pengantin !!


MAKCIK MAKCIK^^




##Kak Zaty & Peddy




##Abg Redza & Intan Syuhada



Both of them ♥



KAZEN KAZEN^^








LOL;
ENAKENIT

Friday, November 15, 2013

Kerenah 6 Siddiq

Posted by Arina Nadirah at 3:27 PM 0 comments
**15 NOVEMBER 2013






Assalamualaikum, lately nii aku rajin betul mengupdated blog kann ?? Yelaa^^ Bosan betul duduk rumah nii bila dah habis sekolah. Hehee. Tapi sebenarnya sayang bila nak tamatkan zaman persekolahan nii. Sebab orang cakapkan antara banyak banyak zaman, Zaman persekolahan lah yang paling best ? Betul ke ? Betul wehh. Aku sokong hundred percent ! 
Hmm, aku rasa blog nii half of my life tahu tak. HEhee. Taknak cerita panjang berjela jela.
My life at Banting. With them my classmate 6 Siddiq.

##Throwback.


First day aku daftar masuk STAM kan, aku duduk kelas 6 Ikhlas. Just a few day jee. Then, aku kena tukar kelas 6 Siddiq wehh. Time aku dapat tahu tuu enn. Aku menangis kott. Aku taknak tukar kelas. Tapi nak buat camne ustzah suruh tukar jugak. Terpaksa face it. Hmm, actually, bukannya aku taknak masuk kelas 6 Siddiq tuu tapi bebudaknya semua pandai pandai kott. Aku nii jee yang biasa biasa jee. *humble* K. Nasib baik aku masuk kelas tuh bukan sesorang. Ada jugaklah kawan. #Shahirah Surbani. Tapi awal awal tuhh aku tak duduk lagi dengan dia. Sebab time tuh dalam kelas still ramai lagi orang. Rasanya lebih kurang 40 orang kut. Aku tak kira lah pulak berapa enn. Ramai sangat. Sampai aku tak kenal budak kelas aku. Haha. Biasalah tuh. Baru lagi nak berjinak jinak dengan bebudak tuu. Lepas result SPM keluar, majoriti budak kelas aku ramai yang keluar. Dapat tawaran sana sini. After, ditolak tolak. Tinggallah kami di dalam kelas tuu. Hanya 25 orang. Separuh kott. Haa, legaa. Sikit orang. Senang nak belajar dan fokus kononnya. Poyo betul kann !



Lepas tak ramai orang aku duduk belakang besides Shahirah. Kawan yang aku tak pernah rapat jugak masa dekat SAMSMEL sebab dia kelas account. So, senang jugaklah nak tanya dia kalau tak paham ke hape enn. Haish, ingat belajar agama nii senang. Memang tak semudah yang korang sangka. Banyak cabaran halangan. Tapi aku fight jugak laa dengan bebudak nii. Tapi aku tewas. HAHA. Takpee, aku tak pernah give up pun malah semakin bersemangat untuk dapatkan apa yang aku nak. Start tuu, aku rapatlahh dengan Liyana, Amira, Arina. Sebab diaorang duduk depan kitaorang. Kekadang tuu borak borak bincangkan isu semasa. Kalau tak kenakan orang. HAHA. Part tulah yang paling best. Sampaikan diaorang pun dah lali dengan perangai gila kitaorang. Seronok seronok. (Y) Kenangan kott.


Sebenarnya banyak jee cerita. Tapi tangan nii dah rasa lenguh pulak nak type banyak banyak. Ohh, iyee lupaa. Monitar akuu ; Ikhmal. Perghh, ingat lagi kalau dia nak cakap apa apa dekat dalam kelas mesti cakap ; "Attention !" Aku kan nakal sikit. So, perli balik. Kuang ajar kan aku. Haish, tak baik betul lah aku nii. Tapi aku minta maaflah masa nak dekat exam tuu. Alaah, bergurau senda saja. HAHA. Lagipun dia tuu memang sastera sikit. Habislah kalau dia dah start cakap. huhu~~ 



Nanti mesti rindu korang. Lagi lagi sesiapa yang pernah mengajar dekat depan ala ala ustz ustazah. Share method method yang berguna. Macam Ikhmal, Adlina, Faris, Afif, Wafi. Tak dinafikan laa ada budak best student dalam kelas aku. Adlina^^ Dia tak pernah kedekut sikit pun ilmu dengan kitaorang. Kalau tanya mesti dia jawab. Haa, Seriously, rindu sangat korang. Alaah, korang semua ada pontensilah nak jadi Murobbi yang hebat. Cuma sikit lagi jee kena polish enn.  









Tidak dilupakan kepada Ustz & Ustzh yang mengajar kami. Kepada guru kelas Ustazah Nurizah. Pada ustz & ustzh yang lain jugak macam Ust Jamahari, Ust Saipol Bahri, Ust Khalid, Ust Ibrisam, Ust Zawave, Ustzh Saadiah, Ustzh Laiyinah, Ustzh Sotnizan, Ustzh Hafizah.
Terima kasih atas apa yang telah dicurahkan kepada kami. Pengorbanan seorang guru terhadap anak muridnya. Sungguh bernilai. Dan ianya tidak boleh dibeli dimana mana kedai pun. Melainkan menuntut dengan beliau. In shaa ALLAH.






 ##5 Orang Bujang 6 Siddiq 




##Ikhmal, Wafi, Afif & Faris




##Mereka dan Ust Qaedi, Ust Khalid































##Semoga ukhuwah yang selama ini terjalin kekal hingga ke JANNAH walaupun dimana kita semua berada. In shaa ALLAH^^




LOL;
ENAKENIT

 
 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review