Pages

Friday, November 15, 2013

Kerenah 6 Siddiq

Posted by Arina Nadirah at 3:27 PM 0 comments
**15 NOVEMBER 2013






Assalamualaikum, lately nii aku rajin betul mengupdated blog kann ?? Yelaa^^ Bosan betul duduk rumah nii bila dah habis sekolah. Hehee. Tapi sebenarnya sayang bila nak tamatkan zaman persekolahan nii. Sebab orang cakapkan antara banyak banyak zaman, Zaman persekolahan lah yang paling best ? Betul ke ? Betul wehh. Aku sokong hundred percent ! 
Hmm, aku rasa blog nii half of my life tahu tak. HEhee. Taknak cerita panjang berjela jela.
My life at Banting. With them my classmate 6 Siddiq.

##Throwback.


First day aku daftar masuk STAM kan, aku duduk kelas 6 Ikhlas. Just a few day jee. Then, aku kena tukar kelas 6 Siddiq wehh. Time aku dapat tahu tuu enn. Aku menangis kott. Aku taknak tukar kelas. Tapi nak buat camne ustzah suruh tukar jugak. Terpaksa face it. Hmm, actually, bukannya aku taknak masuk kelas 6 Siddiq tuu tapi bebudaknya semua pandai pandai kott. Aku nii jee yang biasa biasa jee. *humble* K. Nasib baik aku masuk kelas tuh bukan sesorang. Ada jugaklah kawan. #Shahirah Surbani. Tapi awal awal tuhh aku tak duduk lagi dengan dia. Sebab time tuh dalam kelas still ramai lagi orang. Rasanya lebih kurang 40 orang kut. Aku tak kira lah pulak berapa enn. Ramai sangat. Sampai aku tak kenal budak kelas aku. Haha. Biasalah tuh. Baru lagi nak berjinak jinak dengan bebudak tuu. Lepas result SPM keluar, majoriti budak kelas aku ramai yang keluar. Dapat tawaran sana sini. After, ditolak tolak. Tinggallah kami di dalam kelas tuu. Hanya 25 orang. Separuh kott. Haa, legaa. Sikit orang. Senang nak belajar dan fokus kononnya. Poyo betul kann !



Lepas tak ramai orang aku duduk belakang besides Shahirah. Kawan yang aku tak pernah rapat jugak masa dekat SAMSMEL sebab dia kelas account. So, senang jugaklah nak tanya dia kalau tak paham ke hape enn. Haish, ingat belajar agama nii senang. Memang tak semudah yang korang sangka. Banyak cabaran halangan. Tapi aku fight jugak laa dengan bebudak nii. Tapi aku tewas. HAHA. Takpee, aku tak pernah give up pun malah semakin bersemangat untuk dapatkan apa yang aku nak. Start tuu, aku rapatlahh dengan Liyana, Amira, Arina. Sebab diaorang duduk depan kitaorang. Kekadang tuu borak borak bincangkan isu semasa. Kalau tak kenakan orang. HAHA. Part tulah yang paling best. Sampaikan diaorang pun dah lali dengan perangai gila kitaorang. Seronok seronok. (Y) Kenangan kott.


Sebenarnya banyak jee cerita. Tapi tangan nii dah rasa lenguh pulak nak type banyak banyak. Ohh, iyee lupaa. Monitar akuu ; Ikhmal. Perghh, ingat lagi kalau dia nak cakap apa apa dekat dalam kelas mesti cakap ; "Attention !" Aku kan nakal sikit. So, perli balik. Kuang ajar kan aku. Haish, tak baik betul lah aku nii. Tapi aku minta maaflah masa nak dekat exam tuu. Alaah, bergurau senda saja. HAHA. Lagipun dia tuu memang sastera sikit. Habislah kalau dia dah start cakap. huhu~~ 



Nanti mesti rindu korang. Lagi lagi sesiapa yang pernah mengajar dekat depan ala ala ustz ustazah. Share method method yang berguna. Macam Ikhmal, Adlina, Faris, Afif, Wafi. Tak dinafikan laa ada budak best student dalam kelas aku. Adlina^^ Dia tak pernah kedekut sikit pun ilmu dengan kitaorang. Kalau tanya mesti dia jawab. Haa, Seriously, rindu sangat korang. Alaah, korang semua ada pontensilah nak jadi Murobbi yang hebat. Cuma sikit lagi jee kena polish enn.  









Tidak dilupakan kepada Ustz & Ustzh yang mengajar kami. Kepada guru kelas Ustazah Nurizah. Pada ustz & ustzh yang lain jugak macam Ust Jamahari, Ust Saipol Bahri, Ust Khalid, Ust Ibrisam, Ust Zawave, Ustzh Saadiah, Ustzh Laiyinah, Ustzh Sotnizan, Ustzh Hafizah.
Terima kasih atas apa yang telah dicurahkan kepada kami. Pengorbanan seorang guru terhadap anak muridnya. Sungguh bernilai. Dan ianya tidak boleh dibeli dimana mana kedai pun. Melainkan menuntut dengan beliau. In shaa ALLAH.






 ##5 Orang Bujang 6 Siddiq 




##Ikhmal, Wafi, Afif & Faris




##Mereka dan Ust Qaedi, Ust Khalid































##Semoga ukhuwah yang selama ini terjalin kekal hingga ke JANNAH walaupun dimana kita semua berada. In shaa ALLAH^^




LOL;
ENAKENIT

 

Monday, November 11, 2013

Kami Buddyz Takkan Terpisah

Posted by Arina Nadirah at 5:48 PM 0 comments
**11 NOVEMBER 2013






Assalamualaikum. Hari terasa nak menaiplah pulak. Ini entry special untuk korang lahh aku create. Housemate aku :) Credit to; Fadilah (lala), Syaidatul (Acai) and Aida (Aidaa) .  HAHA. Padahal tadelah special mana pun. Hehee. Sebenarnya aku rindu gile dekat korang lahh. Hmm, baru berapa minggu tak jumpa. Dah rindu bagai. Nampak tak ? Bila ada depan mata semuanya ego kata tak rindu lah, hapelah. Cehh, itu semua poyo terutamanya Lala. Jangan marah marah^^ Gurau gurau manja gitu. 

#Throwback.

First time masa aku masuk rumah sewa tuu aku baru kenal dengan Lala sebab dia jee budak baru. Means dalam rumah sewa tuu semua budak sekolah SAMSMEL. So, tade hal lah.  Memang kenal pun.  Aku masuk masuk jee kenal lah dengan si Lala tuu. Nasib baik dia tak berlagak. Kalau tak memang aku cepuk laa kan. Wakaka. Hmm, aku fikir si Lala tuu lembut lah sangat rupa rupanya 2x5 sama je macam aku. Yeay, **Sep sikit** Aku ada geng. Kalau nak ikutkan aku mana rapat dengan Aidaa, Acai dulu. Semua buat haluan sendiri masa dekat SAMSMEL tuu. Haa, amek kau bila dah masuk STAM kami jadi kawan pulak. Tak sangka ! 


Okayy. Bila duduk rumah sewa sebenarnya banyak cabaran kot. Mana lagi nak belajar, memasak. Paling parak sekali kalau bab duit tuu. Memang kena berjimat habislahh. KItaorang nii bukannya orang kaya pun. Mana nak bayar duit sewa lagi. Huh, dah lah mahal gila. Sekepala RM100. Macam tak berbaloi jee kan. Tapi nak buat macam mana nak duduk rumah tuhh punya pasal. Korang tahu, antara banyak2 rumah sewa dekat sana. Rumah sewa kitaorang lah yang paling menyedihkan. Rasa macam duduk dekat rumah setinggan. Tapi, syukur jelah dengan apa yang ada. Yang penting ada tempat berteduh. Betul tak ? Nak belajar agama nii memang perlukan banyak pergorbanan. Kekadang tuu kitaorang merungutlah jugak. Alhamdulillah, nak pergi sekolah jalan kaki jee. Tak payah nak guna apa apa transport. Tapi kalau hujan tuu yang leceh. Terpaksa berjalan kaki berpayung. 



"Tuntut ilmu tuu kan wajib bagi setiap muslim dan muslimat"  



Selama berbulan bulan duduk dekat rumah sewa tuu ada jugak lah kitaorang keluar pergi Banting. Nak tengok jugaklah macam mana suasana dekat Banting. Naik bas jelah bayar RM1. Pergi Banting tuu bila ada keperluan nak beli. Kalau tak port kitaorang yang paling dekat adalah Giant, Banting. HAHA. Kalau nak makan ke, beli barang dapur ke ? Mesti pergi Giant. HAHA. Kelakar kott. Kekadang tuh dalam seminggu 2,3 kali jugak lah menjejakkan kaki dekat situ. Sampaikan aku rasa orang yang dekat Giant tuhh dah kenal kitaorang. Malu pun ada jugak. Tapi buat muka seposen jee. Hehee. Kami sempoi saja. Agak2 malas nak masak. Jom, giant. Tulah kitaorang. Pemalas kan !! Bukan selalu pun. Hehee. Dekat Giant tuhh ada Game token. Kalau boring jee apa lagi masuk situ main laa. Konon nak lepaskan tension. Biasalah asyik dok menghafal jee kann. Syok gilee (Y)   



Saat saat terakhir nak tinggalkan rumah tuu memang sedih sangat. Walaupun buruk macam mana rumah tuu sekali pun. 10 bulan jugak lah duduk dekat dalam rumah tuh. Last day tuu diaorang keluar pergi Jaya Jusco, Bukit Tinggi. Aku tak pergi pun. Sebab time tuu seriusly not in a mood. Tak tahu lahh kenapa en. Tapi aku duduk jelah diam diam dekat rumah tu. Diaorang balik dah nak dekat petang jugak lahh. Jauh jugak JJ nak sampai rumah kitaorang. Hmm, beberapa minit lepas tuu Aida balik. Dah nak dekat Maghrib jugaklah Aida balik. So sad T_T .Then, aku pulak balik tinggalkan diorang. Nasib baik tak menangis bagai. Simpan dulu. HAHA. Dekat rumah sewa tuu tercipta pelbagai kenangan pahit, manis, masin, masam. Kalau berkawan tuu tak sah kalau ada perselisihan fahamkan. Thats normal guy. Lala dengan perangainya, Acai dengan perangainya, Aida dengan perangainya, Aku dengan perangainya. Masing masing ada kelemahan dan kelebihan. Nama pun kawan. Terima jelah dengan seadanya kann. Suka , gembira, gelak tawa, semua adalah. Mereka yang gila2 perangainya. Dekat rumah sewa tuu jugak aku dapat gelaran "Budak GAGAH". Apa yang gagah pun aku tak tahulah bebudak nii. Pastu acai panggil aku Alenaa. Ohsem betul nama tuu sampai dekat sekolah pun terbawak2.



#Aku sayang korang walaupun berkawan tak sampai berapa bulan :)





The best moment with them;











#In shaa ALLAH. Ukhuwah fillah fii Jannah. Saya sayang kamu semua ♥♥♥♥




Thanks to being my good friend ^_^



LOL;
Enakenit

  

Thursday, November 7, 2013

Cerita Semalam

Posted by Arina Nadirah at 12:33 PM 2 comments
07 NOVEMBER 2013.





Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim, Hari nii aku bosan sangat. Tak tahu dah nak buat apa dekat rumah. Kerja mengemas rumah pun sudah siap. So, dah tade kerja nak buat. Hape lagi mengupdated blog lah weyh. Nasib baik ada blog nii. Kalau tak boleh meroyan doe duduk dekat rumah nii. HAHA. Over betul sampai tahap meroyan. Menipu laa kann. Sajaa jelah. Kenapa ? Korang percaya ke weyh. Sakai betul lah aku nii. Okay, senanya nak cerita pasal semalam. Hmm, macam macam jadi semalam. Memang terible yesterday betul lah. Stress semua hadelahh. Tapi sabar jelahh. Dugaan betul -___-" pftt. Nak pegi kelas KPP punya pasal.


Pagi tuu patutnya pukul 8.00am Aku dah kena ada tapi aku bangun lambat weyh. Pukul 7.30 adik aku baru kejut. Apa lagi lintang pukang pii mandi. Memang serabut laa kann. Sampai sana pukul 8.15. Memang say bye bye jelah Enaa. Mana ada orang. Semua dah pegi. Aku ditinggalkan. Last last, pegi breakfast dulu. Sempat breakfast lagi tuu. Padahal dah lambat. Makan roti canai. Time tuu tade selera langsung nak makan memikirkan kelas KPP punya pasal lahh. Hmm, terpaksa menyusahkan abang aku suruh pegi hantar dekat Pusat Latihan Memandu tuu. Pergh, bapak gilaa jauh kut sampai dekat Dengkil sana. Huh, jenuh jugak nak cari tempat tuu. Banyak kali jugak laa call orang tuu. Sampai sampai jee tempat tuu. Pegi masuk kelas weyh. Segan nak mampus aku rasa. Dah laa orang last sekali. Selamat kelas tak mula lagi. Syukur sangat !! Cari tempat duduk ? Takde pilihan lain terpaksa duduk dekat dengan Chinese guy. Duduk jelah buat muka selambaa doee. Sumpah malu. Nak belajarkann. So, ignore jelahh. Wtf, 5 jam nak duduk dalam kelas KPP. Aku dengar jelah apa yang dia bebel2. Sometime best, sometime tade kaitan langsung dengan topic yang kitaorang belajar. Biasalah cikgunya retired army rupanyaa. Boleh dikatakan veteren laa jugak. Tapi tadah jelah telinga. Ada jugak laa soalan yang dia tekankan. So , salin sajelah.




Ada break dua kali. Aku fikir straight jee kelasnya sampai pukul 3.00pm. Kalau tak memang pengsan laa nak dengar. Dahlah sejuk dalam tuu. Even bukak aircond satu je. Bertahan jelahh. Nasib baik dapat tahan mata dari tidur. Kalau tak malu saja kena tegur dengan En Arshad. Tengah hari dia bagi break untuk solat. Then, sambung kelas balik. Whaa, time tuu dia buat lawak kot. Dia cakap kitaorang semua boleh balik awal. Apa lagii, semua happy gilee. Last last dia kelentong cakap balik pukul 2.59pm. Sama jelah weyh kalau macamtuh kann. Habis kelas. Rasa lega gilee kott. Mampu ucap syukur jelaa sebab dah habis kelas KPP tuu. Alaa, tak lama mana pun. 




Rungsing memikirkan macam manakah aku nak balik nii ?? Kenal orang pun tak. Nak tanya. Apatah lagi. Tuh namanya bodoh sombong Arinaa !! HAHA. Padan muka kau :P 
Actually, dia patutnya hantar aku sampai dekat rumah tapi aku tak kenal siapakah pakcik yang kena naik. Bub pagi tuh abang aku yang hantar. So, err !! Last, aku tercongok dekat situ sorang2 sampai abang aku sampai. Alhmadulillah, abang aku ada. Kalau tak nak balik dengan siapa pun aku tak tahu.

Alhamdulillah, teramat sangat sebab dah habis kelas KPP. Just tunggu untuk pergi Test Komputer jee. Kena rajin baca untuk score higher marks in computer test. Minimum 42/50. Kalau tinggi lagi bagus. Good JOB, Enaa ! Keep up it.



#Pengajaran; Lain kali bangun awal kalau dah tahu nak pergi kelas tuuh !



Lol;
Enakenit.  

Friday, November 1, 2013

Pra-Universiti STAM

Posted by Arina Nadirah at 1:57 PM 0 comments






 Assalamualaikum, berhabuk sangat aku punya blog nii kott. Tiup tiup. Lap sikit. HAHA. Dah lama aku menyepi tanpa menulis cerita dalam blog nii. Biasalah belajar kann. Sibuk nak buat itulah ini lah. Macam macam hal laa. Actually, aku baru jee habis imtihan STAM 2 minggu lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma letih sikitlah sebab banyak nak menghafalkan. Lagipun 10 subjek. Tapi walaupun 10 subjek tak mematahkan semangat aku untuk terus bangun. Yang penting ilmu yang aku kutip dari ustaz dan ustazah aku dapat aku amalkan dalam hidup aku. Mudah mudahan. Aku tahu bukan senang nak bawak 10 subjek tuu. Mula mula tuhh aku rasa dah giveup sangat. Rasa macam dah tade peluang. Pernah jugak lah menangis. Tapi aku teruskan jugak perjuangan ini. Alhamdulillah, akhirnya sampai ke penghujungnya.  Aku berasa bersyukur sangat. ALLAH telah meberikan aku peluang untuk mendalami ilmu agama. Aku berharap sangat apa yang aku inginkan tercapai.   

Subjek STAM;
Hifz Al-Quran dan Tajwid
Fiqh
Tauhid dan Mantiq
Tafsir dan Ulumuhu
 Hadith dan Mustolah
Nahu dan Sarf
Insya' dan Mutalaah
Adab dan Nusus
'Arudh dan Qafiayah
Balaghah 




#Banner ini khas dibuat kerana ingin memberi kata kata semangat kepada kami untuk menghadapi peperiksaan. Banner ini digantung didepan pintu utama dewan. Sebelum masuk dalam dewan peperiksaan kami mesti teringatkan kata kata beliau.





#Slip peperiksaan. 
"BAWA KENYATAAN KEMASUKKAN INI SETIAP KALI MENGHADIRI PEPERIKSAAN"




#Kertas Peperiksaan STAM 2013










LOL;
enakenit

 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review