Pages

Saturday, September 17, 2011

Day of sadness !

Posted by Arina Nadirah at 5:22 PM 0 comments
hey dude .!
hari yang bored gile2 . :(
kecian hajar , sue . especially shera .
die dah siap nk pegy ,
then , aku pulak yang sangkut kt umah .
sorry eh korung coz tak dpt join , 
hari ini dah planning ngn classmate aku nk kua pegy IOI mall . tp tidak kesampaian .
bru nak hepy2 , nak nengok wayang , men bowling , and everthing fun laa .
konon dapat la release tension mengapal .
but NO !
destroy our planning .
Dah la clssmate aku nengok cite RAYE TAK JADI ! 
Nih yang jealous .
btw last year nti kite hang out yeah .
Insyaallah ! Confirm jadi .
Mungkin ade hikmahnye knape parents aku tak bg pegy .
Actually , walaupun tak pegy .
Best gak bub dpt makan KETAM masak lemak cili api .
yummy .
*picture time dieorg pegi IOI Mall
*jack , wan , sue .
*wan , shera
*sue , shera , ellis
IM SORRY TO MY CLASSMATE ;
SHAHIRA
ELLIS
SUFIANAH
HAJAR
WAN FAISAL .
AJIM .
RAUF .
SYADIQ .

Friday, September 16, 2011

SEJARAH MALAYSIA

Posted by Arina Nadirah at 5:06 PM 0 comments
SEJARAH AWAL

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di  Komplek Gua Mulu dan Komplek Gua Niah , Sarawak. Secara dasarnya sejara negara ini telah melalui 4 zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah , Proto Sejarah , Pertengahan dan Zaman Kolonial .


Semananjung Malaysia berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di SELAT Melaka . Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan persisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi . Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan petempatan persisir pantai dan pelabuhan kecil . Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak dan Pan Pan di Kelantan . Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominyatelah menarik minat penakluk dari Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain  untuk mewujudkan petempatan atu koloni di Selat Melaka .


Manakala di Borneo pula , kewujudan kerajaan Marudu sebelum abad ke-13 Masihi dan Santubong lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu . 


ZAMAN PENJAJAHAN


Petempatan terawal British di Malaysia bermula dengan penduduk Pulau Balambangan pada tahun 1796 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu .Manakala petempatan Selat Koloni Diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826 , dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung . Petempatan Selat termasuklah Pulau Pinang , Singapura dan Melaka . Pada tahun 1867 , Inggeris menjadi semakin agresif  dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain .Disebabkan perang saudara , gangguan persatuan sulit Cina , Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah2 penduduk Negeri Selat .Akhirnya , Perjanjian Pangkor  ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri2 melayu (Perak , Pahang , Selangor dan Negeri Sembilan) yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu .Negeri-negeri lain dikenali sebagai  Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis , Kedah , Terengganu dan Kelantan yang berada dibawah kuasa Thai .


Di Borneo pula , Borneo yang dahulunya yang berada dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu (Sabah) tel;ah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British padatahun 1881 sehingga 1946 apabila iaditabalkan sebagai Koloni Diraja British . Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu . 


Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia ke-2 dan kebangkitan komunis , kesedaran untuk merdeka semakin meryelah dan kuat . Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingan nya dan masyarakat imigran . Justeru , British mewujudkan Malayan Union , masyarakat Melayu bangun   menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu , menolak kemasukkan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal berbanding dwi warganegara , yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka . Kemerdekaan di semenanjung diperolehi pada tahun 1957 dibawah nama Persekutuan Malaya , tanpa Singapura

HARI MALAYSIA

Posted by Arina Nadirah at 4:42 PM 0 comments
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 . Ia menandakan penyertaan Tanah Melayu , Borneo Utara (kini Sabah ) , Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia .


Pembentukan persekutuan baru ini dirancang berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan pada 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan yang ke-6 . Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytihan hingga ke 16 September pada tahun yang sama . Penangguhan ini juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah ) dan Sarawak .


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Dipertua Negeri . Ia bukan merupakan cuti am Sarawak dan Semenanjung Malaysia . Mulai tahun 2010 , Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia .  
      

Thursday, September 15, 2011

1st day create blogger .

Posted by Arina Nadirah at 11:03 PM 0 comments
Eika thanks lah coz tolong buatkan blog nih . aku mmg dah lame nk buat blog cuma ta reti jew . kalu aku reti tak pyah lah susah2 soh kau buatkan . aku nih still agy baru kt sini . kalu aku tak tahu , tolong aku ehh. aku kena explore agy lah about blog nihh . emm , tuh jelah aku nk ckp . nih first starting blog aku .
 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review