Pages

Sunday, June 10, 2012

Projek oh projek !

Posted by Arina Nadirah at 12:24 AM 0 comments
Assalamualikum , semua .
sudah beberapa hari TIDAK mengupdate blog kesayangan ini. hahaha :) okee , sebenarnya makcik kiah nak story pasal projek baru yang ditubuhkan oleh Cikgu Fariza Haspar. Pekerjanya ialah Aku , Shera & Hajar. Maybe certain daripada korang dah tahu apa yang projek kami jalankan. hehe . aku suka gilaaa <3<3 + memang hobi aku pun. So, tercapai juga hasrat dihati ini. lalala~~~ Mula mula memang penat pun sebab banyak gilaa tempahann . Tapi bila dah selalu buad kerja jadi cepat & pantas.Tak rasa penat langsung.
Plus , happy sesangat dapat hasilkan benda yang chantikk. Ada sesetengah orang cakap buad benda nih lecehh. :( . Eh , benda yang leceh tuh dapat hasil yang lumayan. Cuba laa korang try. If , kalau korang LIKE untuk menjahit laa. Kalau tak memang susah. Kitaorang buad kait benang + kain felt. Alaa , kainnya lembut aje. 



                             *kain felt + kait nama guna benang

*Cikgu Fariza Haspar yang banyak memberi sokongan  
 

Hari Khamis - 06/06/12 .
Cikgu Fariza , ajak kami pegi rumah dia dekat Desa Saujana Apartment, Seri Kembangan.
Cikgu kata dia baru ada kelapangan. So , kitaorang pun okee jeaa . Kami janji dengan cikgu pukul 8.00 pagi sebab dia tahu semuanya akan bangun lewat . #padahal tak pun. Cikgu amik kami kat S.A.M.S.M.E.L [sekolah<3<3] . Last last, cikgu amik kiteorang dalam pukul 9.00 pagi . Shera pakai t-shirt biasa , aku pakai blouse & hajar pakai baju kurung. Hmm, memang elok laa tuh :P

 Cikgu call shera .
 cikgu:  Eh , cikgu dah ada dekat sekolah . 
           kamu dekat mana ?
shera: kami ada dekat DM lama la cikgu .
          Okee . kami dah nampak cikgu .

Kami shocked sebab ada nampak budak kecik. Siapa nih cikgu ? Anak buah saya, Nama dia ADAM.Lepas dah naik kereta tuh, cikgu tanya ? Kamu nih dah breakfast belum ? hehehe . semua gelak jeaa. Takpe , takpe . Cikgu beli nasi lemak kat gerai bawah. Hmm, boleh sangat cikgu. Bila dah sampai rumah cikgu tuhh, cikgu buad air teh + nasi lemak yang beli tadi bagi kitaorang makan. Memang macam tetamu betul la cikgu layan kiteorang. Segan pun ada jugak. Tapi layan jeaa . Sambil makan kiteorang tengok movie sebab kat rumah cikgu ada home theater. MACAM MACAM ADA .  
Lepas makan baru buad kerja kerja mengkait tali tuh. Hajar sibuk jahit manik kat kain felt.
Cikgu pun belajar buad sekali. Master mengait tali tuh shera laa . Korang tahu sampai melecet terpaksa beli sarung tangan. Kelakarkann ?? hahahaha :>Kiteorang duduk rumah cikgu sampai petang. Lunch cikgu masak sambal kicap ikan bilis cili api. Shera menangis sebab makan pedas. Semua gelak sakan tengok mata shera dah berair. Cikgu pun bagi air oren. Time petang nak balik tuh sempat kiteorang posing dekat taman permainan.







Itu saja story buat kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog yang tak seberapa ini.
Thanks, Cikgu . Because SNAP picture kami yang chantiik ini !! <3<3 CIKGU




LOVE
ENAKENIT

Tuesday, June 5, 2012

Shopaholic :D

Posted by Arina Nadirah at 5:03 PM 0 comments

Shopping kat WARTA jea. Aku tak layak nak pegi tempat mahal mahal macam kau ! Mama cuti semalam. So, dia kata nak layan aku habis habis sebab pasni tak boleh. Mama buzy. Banyak kerja nak buad kat ofis tuh. Hmmm, yelaa mama.
Tuh kan memang tugas mama as employee. HAHA :) okee.. time nak pegi shopping tuh dah dekat nak lunch. ini semua gara gara nak masukkan duit kat bank jeaa. Eh, dah lunch time laa. Haah la mama !! Jom kita makan KYROS KEBAB nak ? okee . boleh jugak.




Pas makan terus pegi solat. Tak syok pulak kalau shopping tak solat. Dah siap solat tuh. teruslah jalan jalan window shopping kut kut berkenan dihati.


Mama tanya; "Ena, nak beli apa ?" 
Ena jawab ; "Tudung , kasut & apa jeaa" Boleh tak ?
Mama jawab ; yelaa. Jom tengok kat kedai tudung nihh. kutt ada keaa??
Ena jawab ; okee , mama :P



Aku beli tudung bawal 2 tone & 3 tone tuhh . Chantiikkk sangat :D
Kalau ikutkan nak jea beli satu kedai ! tapi nanti memang pokai la kann.




 
AKU SAYANG GILE GILE kat mama sebab dia belanja aku KASUT. haish, bukan senang nak dapat belanja dari mama. Kekadang jea. Simple aje kasut aku. Tak HOTT macam kau !












pastuh beli broochh kat ground floor WARTA  : > 








LOVE 
ENAKENIT

Grandfather Orchard's !

Posted by Arina Nadirah at 1:18 AM 0 comments
Sunday, 3rd June 2012 .

Pagi ahad lepas bangun solat subuh , mandi mandi & breakfast terus chaww balik kampung. Tapi abah tak follow sebab dia ada kerja pulak lagipun semua adik beradik aku ada. Hmm, terubat rindu sikit bilaa dah balik kampung. huhuu~~Dapat jumpa Atukkk. Sampai kampung dalam pukul 10.30 pagi. Aku ingatkan dapat makan Murtabak Singapura. Tapi bukan tade cuma kedai baru bukak. So, malas nak tunggu. 




Aku pegi dusun nihh waktu petang. Time datang tuh, tade sapa pun.[MEMANGLAH DAH KATA PUN KAT DUSUN] Kiteorang apa lagi cari durian laa. Semua adik beradik aku hantu durian. hmm, time cari tuhh ingatkan dah tade. Tetiba lalu kat satu pokok durian, terdengar buah durian gugur dari pokok. Allhamdulillah, ada jugak laa buah durian walaupun tak banyak kann.... Aku seronok sebab dapat jugak merasa masuk dusun camne..
hehehe :) . Sebenarnya dah lama tak pegi tempat camni. Bila dah masuk tuhh, memang gatal habis disedut darah oleh nyamuk nyamuk kat situ. Tapi takpe pengalaman ohh. Nanti kang bila orang tanya pernah pegi dusun tak ? AKU lah orang pertama yang cakap :P . #jangan nak bangga sangat laa...huhu~~






 Lepas dah habis kutip buah durian, kiteorang terus balik.Tapi singgah rumah mak long jap. Bila dah sampai depan rumah mak long uhh, kiteorang pelik kereta PREVE sape pulak tuh ?








Assalamualaikum !!! 

Aik, pintu rumah bukak tapi tade pulak orang menyahut. Pelik. Bape kali bagi salam tuh 
tetiba kazen aku keluar ngan anak dia Sarah[comel] . Dia cakap, ingatkan sape laa tadi. hmm, masuklah.. Apa lagi aku pun salam la kazen aku. Mama tanya mana Mak long ? OH, mak long tengah sembahyang. *kiranya makcik aku pun ada gak. Aku pun duduk jela semantara nak tunggu mak long. PERGHHH, tengok atas meja makan mak long ada durian 
kahwin, warna kuning pulak tuhh + manggis [favv aku ♥♥].  Haish, terliur pulak rasa. Pastu mak long keluar dari bilik aku pun salam laa. Hah, ena makan laa apa yang ada atas meja tuh. Aku dah tersengih sengih macam kerang busuk. Makanan first yang aku sentuh ialah MANGGIS. Memang saat saat yang dinantikan. LALALA~~. Eh, lupa pulak nak cite pasal kereta yang tertera kat atas tuhh. Syokk, cita pasal makan sampai kereta pun
lupaa. Kesian kau kereta. Hahaha. Tuh kereta Abg Zairin [KAZEN AKU GAK]. Dia demam lepas amek kereta tuh. Kelakar jea ohh.











On the way, nak balik KL tuhh. Start Jammed pulak kat highway Pedas / Linggi. Benggang jea aku rasa. Elok elok boleh sampai rumah cepat jadi lambat pulak. Ape lagi abang aku cari jalan shortcut laa. Tade kerja nak duduk atas highway yang jammed tuhh. pfftt :( . Pas dah potong ikut Pedas/ Linggi tuh. Abg aku terus cari LEKAS walaupun kena charge tol lebih sikit. Tapi at least boleh jugak sampai rumah awal. Hmm, sampai rumah dalam pukul 12.00 pagi.




LOVE
ENAKENIT

Saturday ♥

Posted by Arina Nadirah at 12:27 AM 0 comments
Hii Assalamualaikum ,

hmm, rasanya dah lama tak update blog nihh . alamaklum laa berjalan sakan sampai tak sempat nak mengupdate . #padahal aku rasa baru jea update time 1 jun . abaikan jelaa .

okee , sekarang baru aku nak start story apa yang berlaku few day nihh dalam hidup aku  .

Saturday , 2nd of June  2012 .


Pada pukul 6.00 petang tuh, abah ajak pegi makan. Ingatkan dekat arial Bangi laa. Rupanya dia dia cakap nak pegi KL . hmm, nasib baik laa pakai baju cantik. Kalau tak mesti rasa macam budak kampung BARU nk kenal bandar KL. haha. kelakar jea aku rasa :P . By the way, time sampai KL tuh, dalam pukul 6.30 kut not sure . abah cakap jom makan dekat Restoran Haslam (Directer Skop Production). Aku tauu anda semua mesti tahu. Alaa yang dekat dengan Hospital Tawakal. Aku makan Nasi Lemak berlauk + Carrot Susu [my fav maa ♥♥].Siap siap makan tuh dalam pukul 7.15 petang. Eh , dah nak masuk Maghrib laa. Apa lagi, cari masjid nak solat laa. Lega gile pas dapat menunaikan solat. huhu~~ 
After that, apa lagi shopping time. lalala~~ hati semua keriangan + ceria . Aku & family pegi shopping dekat Jaya Jusco, Wangsa Maju jeaa. Malas nak pegi jauh jauh. First place yang aku pegi ialah MPH Bookstore... apa lagi cari novel laa...*dah tade kerja laa. Anyway, novel boleh buat karangan kita mantap. Tapi asal karangan aku still macam bangang bangang jeaa . hmm, maybe ayat aku merapu-rapu, tak gramatis kut. Tuh pasal tak dapat higher marks. Takpe nanti 
try laggiii before SPM. #aku sudah merepek repek macam kerepek...   

Korang tahu nih first time aku beli dalam seumur hidup aku. Selama nih tade punn. Untung laa novel pertama yang aku beli tuhh. Tajuk novel : "Cinta tak TERUCAP". Terbitan Kaki Novel. Pergh, meleleh bila aku baca novel tuh. Feeling habiss. Tapi aku tak tahu laa kalau korang baca. Depend pada orang yang menilai sesebuah novel tu..













after habis beli buku bagai. Aku follow mama pegi tengok curtain jap kat Jaya Jusco (JJ). Mama dah tak sabar sabar nak raya. Hmm , mama beli curtain yang ready made jeaa. 
Senang , tak payah nak tempah. Sempat snap picture sementara mama survey curtain.





                                    *adik aku jadi model kejap

LOVE ,
ENAKENIT .

Friday, June 1, 2012

Responsible :)

Posted by Arina Nadirah at 4:54 PM 0 comments





Beratkan bila seseorang itu dapat AMANAH ?? 

aku rasa stress lah sejak dapat jawatan assistant monitor . Kenape baru sekarang aku sedar ??
wtf !!!! Actually , aku taknak pun jawatan tuh tapi dah semua classmate aku setuju . aku tak boleh buadd ape ape laa kann.. Amek jawatan tuh pun sebab "TERPAKSA" . Sekarang nih baru aku tau, rupa-rupanya ada jugak classmate aku yang tak suka aku jadi assistant monitor. Nasib baik ada org bagi tahu. kalau tak memang sampai kesudah laa aku tak tau. Kau ingat aku nk sangat ke jawatan nihh??? Kalau ikutkan aku memang tak ingin langsung laa. Kau ingat aku nih gila pangkat sangat macam kau !!! eh, boleh jalan laa. Aku rasa selama nih tade seorang pun yang menghargai apa yang aku buadd. Cuma tahu mengkomen , mengutuk && menghina . Kalau kau bagus sangatt , buad laa weh !!! Kau ingat senang nak pikul tanggungjawab. Kau cakap memang laa senang. cuba kau rasa apa yang aku rasa. Tahu pulak taknakkann..??


hmm, nihh lagi satu hal . monitor yang pemalas. kalau boleh semua kerja nak suruh aku buadd... Habis dia as monitor apa function?? Just nak title jea . kerja?? habuk tade. tuh yang kekadang aku sakit je hati dengan dia. Suruh hantar attendent kat pejabat floor bawah tuh pun malas apatah lagi kalau kat pejabat lama yang jauh tuh. Tapi kalau yang jauh tuh nk pulak dia pegi. ermm, tak paham aku dengan lelaki nih...Rajin sangat 
merayap :P . tuh jea kutt ...



LOVE
ENAKENIT
 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review