Pages

Friday, September 16, 2011

HARI MALAYSIA

Posted by Arina Nadirah at 4:42 PM
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 . Ia menandakan penyertaan Tanah Melayu , Borneo Utara (kini Sabah ) , Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia .


Pembentukan persekutuan baru ini dirancang berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan pada 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan yang ke-6 . Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytihan hingga ke 16 September pada tahun yang sama . Penangguhan ini juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah ) dan Sarawak .


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Dipertua Negeri . Ia bukan merupakan cuti am Sarawak dan Semenanjung Malaysia . Mulai tahun 2010 , Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia .  
      

0 comments:

 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review