Pages

Friday, November 1, 2013

Pra-Universiti STAM

Posted by Arina Nadirah at 1:57 PM






 Assalamualaikum, berhabuk sangat aku punya blog nii kott. Tiup tiup. Lap sikit. HAHA. Dah lama aku menyepi tanpa menulis cerita dalam blog nii. Biasalah belajar kann. Sibuk nak buat itulah ini lah. Macam macam hal laa. Actually, aku baru jee habis imtihan STAM 2 minggu lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma letih sikitlah sebab banyak nak menghafalkan. Lagipun 10 subjek. Tapi walaupun 10 subjek tak mematahkan semangat aku untuk terus bangun. Yang penting ilmu yang aku kutip dari ustaz dan ustazah aku dapat aku amalkan dalam hidup aku. Mudah mudahan. Aku tahu bukan senang nak bawak 10 subjek tuu. Mula mula tuhh aku rasa dah giveup sangat. Rasa macam dah tade peluang. Pernah jugak lah menangis. Tapi aku teruskan jugak perjuangan ini. Alhamdulillah, akhirnya sampai ke penghujungnya.  Aku berasa bersyukur sangat. ALLAH telah meberikan aku peluang untuk mendalami ilmu agama. Aku berharap sangat apa yang aku inginkan tercapai.   

Subjek STAM;
Hifz Al-Quran dan Tajwid
Fiqh
Tauhid dan Mantiq
Tafsir dan Ulumuhu
 Hadith dan Mustolah
Nahu dan Sarf
Insya' dan Mutalaah
Adab dan Nusus
'Arudh dan Qafiayah
Balaghah 




#Banner ini khas dibuat kerana ingin memberi kata kata semangat kepada kami untuk menghadapi peperiksaan. Banner ini digantung didepan pintu utama dewan. Sebelum masuk dalam dewan peperiksaan kami mesti teringatkan kata kata beliau.





#Slip peperiksaan. 
"BAWA KENYATAAN KEMASUKKAN INI SETIAP KALI MENGHADIRI PEPERIKSAAN"




#Kertas Peperiksaan STAM 2013










LOL;
enakenit

0 comments:

 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review