Pages

Tuesday, December 3, 2013

Walimatul Urus Kazen

Posted by Arina Nadirah at 3:20 PM
*30 NOVEMBER 2013









Assalamualaikum, Sejak kebelakangan nii. Aku sibuk sikit lahh. Hmm, dengan exam Muet, pastu pergi dengan ceramah lesen bagai. Pastu malam Rabu tuh terus gerak pergi Peneng pulak. Wedding kazen aku. Arituh masa dekat Raub, Pahang tak pegi sebab ada test Muet. Kalau tak dah lama aku join sekali. Bukannya apaa. Asyik duduk rumah bosan jugak aku. HAHA. Aku nii kaki jalan jee. Tak tahu lah macam mana aku bila dah dapat lesen nanti. Jalan jelah kot. Huahua. Okee Okee, arina ! Kalau kau nak cerita pasal lesen lain entry k.


#On the way to Peneng !

Gerak dari rumah pukul 9.00 mlm macam tuh. Lepas isyak lah katakan. Perjalanan ke Peneng dalam 5 JAM. Aku sampai rumah Mak Bi. Pukul 2.00 pagi. Mungkin lah ? Tak tengok jam lah pulak. Pagi tuu Mak Bi suruh kitaorang makan nasi. HAHA. Mak Bi nii macam tahu2 jee perut aku berkeroncong. Kah3. Aku apa lagi makan lah wehh. Sedap pulak lauk tomyam. *feveret* Dah macam sahur pulak aku rasa. HAHA. Padahal tak puasa pun kan. Aku tak tidur pulak malam tuh. Berborak dengan kak iema sampai pukul 4.00 pagi. Mula lahh liat nak bangun Subuh. Haha. Nak taknak bangun jugak wehh. Dosa dosa ! Lepas solat tuh tidur balik. Sumpah, tak senonoh betul kan. Tapi tadelah bangun pukul 12.00 tgh hari. Nak mati ke hape. 

#Khamis, 

Petang tuh Kak Zaty bawak jalan dekat Bertam. Kononnya nak teman pergi SPA jee. Tapi dah tutup sebab lambat sangat. Tunggu orang buat pelamin lah. Lama pulak. Apa lagi spa tak jadi. Kita pergi jalan lah. Secret Recipe babe ! Kak Zaty belanja. Hoho. Tetiba mengidam nak makan kek pastu ada orang belanja.Teruja kot. Tapi orang yang belanja tuh tak makan kek pulak. Diet. Katanya; kalori kek tuh susah nak pecah lemak. Apa apa jelah. Aku tak kesah yang penting aku dapat makan. Time tuu dah maghrib kott. Hm, sempat singgah Jeruk Pak Ali. Alaa, yang femes gila tuh dekat Peneng. Solat Maghrib dekat Tesco. Pastu pegi cari bantal. Mahal pulak bantal dekat Tesco tuu. So, cancel nak beli. Beli benda lain. Aku sempat cuci2 mata apa barang yang aku nak. Not bad lahh. Chantek jugak barang2nya. Rambang mata nak beli. Adalah sikit buah tangan aku dekat Tesco tuhh. Beli Purse dengan kasut. Before balik sempat singgah kedai baju. Konon nak beli kain kak iema. Tapi aku pun dapat baju free. Kak Zaty belanja lagi. Naik segan aku dia asyik dok belanja jee. Takpe2, murah rezeki dia. In sha ALLAH~ 


#Jumaat.

Petang, lepas solat Jumaat Kak Zaty selamat di akad nikah di Masjid Kampung Selamat. Aku pulak yang rasa nak nangis bila dengar tok kadi tuh baca khutubah nikah. Pergh, aku tahan jelah. Takkan nak nangis dekat situ. Tapi memang sebak kot. Kak Zaty nangis pulak. Biasalah tuhh. Mungkin sebab dah sah bergelar isteri. Nak pikul tanggungjawab yang besar. Bukan senang.


#Sabtu. 

Pukul 12.00 tengah hari majlis persepsi bermula lah sampai petang. Macam kenduri biasa. Buat dekat rumah jee. Orang kampung kan. Lauknya boleh tahan sedap lahh. Ada laksa. Hape entah lagi. Aku nii mana makan sangat nasi pun. Tade bersanding pun. Kan HARAM. Just kenduri walimah. Pastu sesi fotografi lerr. Kawen tak sah kalau tade gambarkan. Kenangan bagi para pengantin !!


MAKCIK MAKCIK^^




##Kak Zaty & Peddy




##Abg Redza & Intan Syuhada



Both of them ♥



KAZEN KAZEN^^








LOL;
ENAKENIT

0 comments:

 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review