Pages

Friday, November 15, 2013

Kerenah 6 Siddiq

Posted by Arina Nadirah at 3:27 PM
**15 NOVEMBER 2013






Assalamualaikum, lately nii aku rajin betul mengupdated blog kann ?? Yelaa^^ Bosan betul duduk rumah nii bila dah habis sekolah. Hehee. Tapi sebenarnya sayang bila nak tamatkan zaman persekolahan nii. Sebab orang cakapkan antara banyak banyak zaman, Zaman persekolahan lah yang paling best ? Betul ke ? Betul wehh. Aku sokong hundred percent ! 
Hmm, aku rasa blog nii half of my life tahu tak. HEhee. Taknak cerita panjang berjela jela.
My life at Banting. With them my classmate 6 Siddiq.

##Throwback.


First day aku daftar masuk STAM kan, aku duduk kelas 6 Ikhlas. Just a few day jee. Then, aku kena tukar kelas 6 Siddiq wehh. Time aku dapat tahu tuu enn. Aku menangis kott. Aku taknak tukar kelas. Tapi nak buat camne ustzah suruh tukar jugak. Terpaksa face it. Hmm, actually, bukannya aku taknak masuk kelas 6 Siddiq tuu tapi bebudaknya semua pandai pandai kott. Aku nii jee yang biasa biasa jee. *humble* K. Nasib baik aku masuk kelas tuh bukan sesorang. Ada jugaklah kawan. #Shahirah Surbani. Tapi awal awal tuhh aku tak duduk lagi dengan dia. Sebab time tuh dalam kelas still ramai lagi orang. Rasanya lebih kurang 40 orang kut. Aku tak kira lah pulak berapa enn. Ramai sangat. Sampai aku tak kenal budak kelas aku. Haha. Biasalah tuh. Baru lagi nak berjinak jinak dengan bebudak tuu. Lepas result SPM keluar, majoriti budak kelas aku ramai yang keluar. Dapat tawaran sana sini. After, ditolak tolak. Tinggallah kami di dalam kelas tuu. Hanya 25 orang. Separuh kott. Haa, legaa. Sikit orang. Senang nak belajar dan fokus kononnya. Poyo betul kann !



Lepas tak ramai orang aku duduk belakang besides Shahirah. Kawan yang aku tak pernah rapat jugak masa dekat SAMSMEL sebab dia kelas account. So, senang jugaklah nak tanya dia kalau tak paham ke hape enn. Haish, ingat belajar agama nii senang. Memang tak semudah yang korang sangka. Banyak cabaran halangan. Tapi aku fight jugak laa dengan bebudak nii. Tapi aku tewas. HAHA. Takpee, aku tak pernah give up pun malah semakin bersemangat untuk dapatkan apa yang aku nak. Start tuu, aku rapatlahh dengan Liyana, Amira, Arina. Sebab diaorang duduk depan kitaorang. Kekadang tuu borak borak bincangkan isu semasa. Kalau tak kenakan orang. HAHA. Part tulah yang paling best. Sampaikan diaorang pun dah lali dengan perangai gila kitaorang. Seronok seronok. (Y) Kenangan kott.


Sebenarnya banyak jee cerita. Tapi tangan nii dah rasa lenguh pulak nak type banyak banyak. Ohh, iyee lupaa. Monitar akuu ; Ikhmal. Perghh, ingat lagi kalau dia nak cakap apa apa dekat dalam kelas mesti cakap ; "Attention !" Aku kan nakal sikit. So, perli balik. Kuang ajar kan aku. Haish, tak baik betul lah aku nii. Tapi aku minta maaflah masa nak dekat exam tuu. Alaah, bergurau senda saja. HAHA. Lagipun dia tuu memang sastera sikit. Habislah kalau dia dah start cakap. huhu~~ 



Nanti mesti rindu korang. Lagi lagi sesiapa yang pernah mengajar dekat depan ala ala ustz ustazah. Share method method yang berguna. Macam Ikhmal, Adlina, Faris, Afif, Wafi. Tak dinafikan laa ada budak best student dalam kelas aku. Adlina^^ Dia tak pernah kedekut sikit pun ilmu dengan kitaorang. Kalau tanya mesti dia jawab. Haa, Seriously, rindu sangat korang. Alaah, korang semua ada pontensilah nak jadi Murobbi yang hebat. Cuma sikit lagi jee kena polish enn.  









Tidak dilupakan kepada Ustz & Ustzh yang mengajar kami. Kepada guru kelas Ustazah Nurizah. Pada ustz & ustzh yang lain jugak macam Ust Jamahari, Ust Saipol Bahri, Ust Khalid, Ust Ibrisam, Ust Zawave, Ustzh Saadiah, Ustzh Laiyinah, Ustzh Sotnizan, Ustzh Hafizah.
Terima kasih atas apa yang telah dicurahkan kepada kami. Pengorbanan seorang guru terhadap anak muridnya. Sungguh bernilai. Dan ianya tidak boleh dibeli dimana mana kedai pun. Melainkan menuntut dengan beliau. In shaa ALLAH.






 ##5 Orang Bujang 6 Siddiq 




##Ikhmal, Wafi, Afif & Faris




##Mereka dan Ust Qaedi, Ust Khalid































##Semoga ukhuwah yang selama ini terjalin kekal hingga ke JANNAH walaupun dimana kita semua berada. In shaa ALLAH^^




LOL;
ENAKENIT

 

0 comments:

 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review