Pages

Monday, November 11, 2013

Kami Buddyz Takkan Terpisah

Posted by Arina Nadirah at 5:48 PM
**11 NOVEMBER 2013






Assalamualaikum. Hari terasa nak menaiplah pulak. Ini entry special untuk korang lahh aku create. Housemate aku :) Credit to; Fadilah (lala), Syaidatul (Acai) and Aida (Aidaa) .  HAHA. Padahal tadelah special mana pun. Hehee. Sebenarnya aku rindu gile dekat korang lahh. Hmm, baru berapa minggu tak jumpa. Dah rindu bagai. Nampak tak ? Bila ada depan mata semuanya ego kata tak rindu lah, hapelah. Cehh, itu semua poyo terutamanya Lala. Jangan marah marah^^ Gurau gurau manja gitu. 

#Throwback.

First time masa aku masuk rumah sewa tuu aku baru kenal dengan Lala sebab dia jee budak baru. Means dalam rumah sewa tuu semua budak sekolah SAMSMEL. So, tade hal lah.  Memang kenal pun.  Aku masuk masuk jee kenal lah dengan si Lala tuu. Nasib baik dia tak berlagak. Kalau tak memang aku cepuk laa kan. Wakaka. Hmm, aku fikir si Lala tuu lembut lah sangat rupa rupanya 2x5 sama je macam aku. Yeay, **Sep sikit** Aku ada geng. Kalau nak ikutkan aku mana rapat dengan Aidaa, Acai dulu. Semua buat haluan sendiri masa dekat SAMSMEL tuu. Haa, amek kau bila dah masuk STAM kami jadi kawan pulak. Tak sangka ! 


Okayy. Bila duduk rumah sewa sebenarnya banyak cabaran kot. Mana lagi nak belajar, memasak. Paling parak sekali kalau bab duit tuu. Memang kena berjimat habislahh. KItaorang nii bukannya orang kaya pun. Mana nak bayar duit sewa lagi. Huh, dah lah mahal gila. Sekepala RM100. Macam tak berbaloi jee kan. Tapi nak buat macam mana nak duduk rumah tuhh punya pasal. Korang tahu, antara banyak2 rumah sewa dekat sana. Rumah sewa kitaorang lah yang paling menyedihkan. Rasa macam duduk dekat rumah setinggan. Tapi, syukur jelah dengan apa yang ada. Yang penting ada tempat berteduh. Betul tak ? Nak belajar agama nii memang perlukan banyak pergorbanan. Kekadang tuu kitaorang merungutlah jugak. Alhamdulillah, nak pergi sekolah jalan kaki jee. Tak payah nak guna apa apa transport. Tapi kalau hujan tuu yang leceh. Terpaksa berjalan kaki berpayung. 



"Tuntut ilmu tuu kan wajib bagi setiap muslim dan muslimat"  



Selama berbulan bulan duduk dekat rumah sewa tuu ada jugak lah kitaorang keluar pergi Banting. Nak tengok jugaklah macam mana suasana dekat Banting. Naik bas jelah bayar RM1. Pergi Banting tuu bila ada keperluan nak beli. Kalau tak port kitaorang yang paling dekat adalah Giant, Banting. HAHA. Kalau nak makan ke, beli barang dapur ke ? Mesti pergi Giant. HAHA. Kelakar kott. Kekadang tuh dalam seminggu 2,3 kali jugak lah menjejakkan kaki dekat situ. Sampaikan aku rasa orang yang dekat Giant tuhh dah kenal kitaorang. Malu pun ada jugak. Tapi buat muka seposen jee. Hehee. Kami sempoi saja. Agak2 malas nak masak. Jom, giant. Tulah kitaorang. Pemalas kan !! Bukan selalu pun. Hehee. Dekat Giant tuhh ada Game token. Kalau boring jee apa lagi masuk situ main laa. Konon nak lepaskan tension. Biasalah asyik dok menghafal jee kann. Syok gilee (Y)   



Saat saat terakhir nak tinggalkan rumah tuu memang sedih sangat. Walaupun buruk macam mana rumah tuu sekali pun. 10 bulan jugak lah duduk dekat dalam rumah tuh. Last day tuu diaorang keluar pergi Jaya Jusco, Bukit Tinggi. Aku tak pergi pun. Sebab time tuu seriusly not in a mood. Tak tahu lahh kenapa en. Tapi aku duduk jelah diam diam dekat rumah tu. Diaorang balik dah nak dekat petang jugak lahh. Jauh jugak JJ nak sampai rumah kitaorang. Hmm, beberapa minit lepas tuu Aida balik. Dah nak dekat Maghrib jugaklah Aida balik. So sad T_T .Then, aku pulak balik tinggalkan diorang. Nasib baik tak menangis bagai. Simpan dulu. HAHA. Dekat rumah sewa tuu tercipta pelbagai kenangan pahit, manis, masin, masam. Kalau berkawan tuu tak sah kalau ada perselisihan fahamkan. Thats normal guy. Lala dengan perangainya, Acai dengan perangainya, Aida dengan perangainya, Aku dengan perangainya. Masing masing ada kelemahan dan kelebihan. Nama pun kawan. Terima jelah dengan seadanya kann. Suka , gembira, gelak tawa, semua adalah. Mereka yang gila2 perangainya. Dekat rumah sewa tuu jugak aku dapat gelaran "Budak GAGAH". Apa yang gagah pun aku tak tahulah bebudak nii. Pastu acai panggil aku Alenaa. Ohsem betul nama tuu sampai dekat sekolah pun terbawak2.



#Aku sayang korang walaupun berkawan tak sampai berapa bulan :)





The best moment with them;











#In shaa ALLAH. Ukhuwah fillah fii Jannah. Saya sayang kamu semua ♥♥♥♥




Thanks to being my good friend ^_^



LOL;
Enakenit

  

0 comments:

 

Ceritera Si EnaKenit Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review